Upin & Ipin (musim 3)
Upin & Ipin (musim 3)

Upin & Ipin (musim 3)

Musim ketiga Upin & Ipin, juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan, disiarkan pada 2 Februari 2009.[1] Sehingga pertengahan bulan Mei, tiga episod ditayangkan (termasuk ulangan) setiap minggu pada Isnin hingga Sabtu, jam 7 malam[2], diikuti siaran tiga dalam satu pada Ahad, dari pukul 7.00 hingga 7.30 malam.Mulai 14 Mei, waktu siaran Upin & Ipin dihadkan kepada hujung minggu, iaitu Jumaat hingga Ahad, jam 5.30 petang. Selain itu, syarikat TM[3] diumumkan sebagai penaja utama siri Upin & Ipin dan Kawan-Kawan hingga kini.Pada September, siaran Upin & Ipin dikembalikan kepada setiap hari Isnin hingga Ahad dengan episod-episod baru sempena bulan puasa dan cuti sekolah akhir tahun. Musim ketiga diakhiri dengan "Kembara ke Pulau Harta Karun (bahagian 8)" keluar pada 30 Disember 2009, menjadikannya 42 episod kesemuanya.

Upin & Ipin (musim 3)

Bil. episod 42
Tarikh siaran 2 Februari (2009-02-02) –
30 Disember 2009 (2009-12-30)
Negara asal Malaysia
Rangkaian TV9